6.6.22

Mahasiswa Indonesia Berdagang


 

 Psikologi Industri dan Organisasi

Oleh :

Muslimin (21310410065)

Kelas Reguler A

Tugas Esay Sebagai Prasyarat UAS

Dosen Pengampu : Dr. Arundati Shinta, M. A

Semester Genap T.A 2021/2022

Fakultas Psikologi

Universitas Proklamasi 45 Yogyakarta

 UMKM merupakan unit usaha produktif yang berdiri sendiri, serta dilakukan oleh perorangan atau badan usaha di semua sektor ekonomi (Februari,2020). Pada masa pendemi seperti saat ini masyarakat lebih dibatasi dalam melakukan aktivitas di luar rumah. Pendemi memberikan dampak yang luar biasa pada aspek ekonomi, terutama pada para pelaku usaha baik besar, usaha mikro, kecil dan menengah (UMKM). Penurunan dalam penjualan dan pendapatan serta terganggunya distribusi bahan baku sebagai imbasnya yang menyebabkan pelaku usaha mengurangi produksi-produksi. Apalagi dengan mahasiswa yang tidak bisa belajar secara tatap muka. Banyak dari mahasiswa untuk mengisi waktu luang, mereka memutuskan untuk usaha sebagai sampingan yang menguntungkan.

Saya telah melakukan wawancara dan mendatangi usaha UMKM yang dijalankan oleh mahasiswa, Yang bernama Puspita Dewita Saya telah mewawancara pedagang muda ini dan kagum dengan kebijaksanaan dan kemuliaan hati beliau.

1. Mengapa anda memutuskan untuk merubah hidup Anda dan menjadi seorang pedagang?

Saya masih ingat dengan jelas hari itu, ketika saya pulang dari kerja. Jam sudah pukul 2:45 pagi, dan saya harus bangun pada pukul 5:30 pagi. Saya sangat letih dan hampir menangis kerana tips yang saya perolehi pada malam itu tidak mencukupi walau untuk membeli sebotol air oren sekali pun. Saya melihat adik saya tidur di katil lain di sebelah katil saya. Dan terlintas di fikiran saya, bukankah saya seharusnya menjadi suri tauladan kepada beliau dan menunjukkan kepadanya bagaimana dia boleh mencapai kejayaan dalam kehidupan ini, saya malah tidak dapat meluangkan masa dengannya, saya sering letih dan tertekan, dan saya juga tidak mencapai apa-apa. kemajuan dalam pelajaran saya. Dan ibu bapa saya pula, mereka terbeban membiayai pendidikan saya... Saya menyedari bahawa ada yang tidak kena, dan saya harus mengubahnya. Oleh itu, satu-satunya perkara yang saya syukuri pada tahun 2020 yang serba gila ini adalah peluang yang diberikan Tuhan untuk duduk di rumah, menjernihkan fikiran saya, dan fokus kepada perdagangan. Saya menyukainya sejak kali yang pertama saya mencubanya, dan kemudian menyedari bahawa inilah cara yang terbaik untuk menjana pendapatan. Saya boleh gabungkannya dengan apa yang saya belajar dan kemudian membayar kos pengajian saya. Sangat lucu, tetapi itulah kebenarannya.

2. Apakah cabaran terbesar yang anda hadapi bila anda mula berdagang?

Oh, saya tidak tahu bila saya patut menutup pesanan. Tetapi saya telah menonton beberapa webinar, mempelajari beberapa tips, dan memahami bagaimana saya boleh membaca pasaran dengan lebih baik.

3. Apakah strategi perdagangan kegemaran anda?

Saya sudah mencuba beberapa strategi, tetapi scalping juga yang saya paling suka.

4. Jika anda boleh berikan nasihat kepada diri anda sendiri tatkala anda baru memulakan semua ini, apakah nasihat tersebut?

Saya akan mengesyorkan kepada diri saya agar membuka akaun Standard sejak dari awal lagi. Buat pertama kalinya, saya tidak begitu yakin dengan ilmu pengetahuan saya, jadi saya berdagang dengan akaun demo agak lama. Saya patut beralih ke akaun sebenar lebih awal lagi. Beberapa minggu sudah lebih dari cukup untuk memahami konsep-konsep yang ada dan kemudian mula beraksi dengan serius. Saya terlalu berhati-hati. Ini suatu yang orang lain boleh cuba untuk jauhi.

6. Berapa banyak masa yang anda habiskan untuk berdagang pada setiap hari?

itu bergantung kepada situasi, tetapi biasanya, saya belajar sehingga waktu makan tengahari, dan kemudian – saya berdagang. Tetapi dengan aplikasi FBS Trader, saya boleh awasi pasaran sepanjang hari. Ia sungguh menyenangkan! Ini satu lagi perkara yang saya suka di FBS.

7. Pernahkah anda terfikir bahawa anda membuat keputusan yang salah kerana berhenti kerja?

Tidak, saya tidak pernah menyesal berhenti dari pekerjaan tersebut. Saya tidak mahu menjadi seorang pelayan, ia hanya kerana saya terdesak. Meraih segulung ijazah dalam jurusan ekonomi dan menjadi pemain pasaran yang handal, itulah yang saya cita-citakan. Dan memberanikan diri untuk mula berdagang adalah langkah terbesar saya dalam mengejar sasaran ini.

8. Bagaimanakah perubahan pada hidup anda di beberapa bulan kebelakangan ini?

Kini, saya membayar sendiri kos pendidikan saya. Dan saya juga membeli barang-barang baru untuk rumah, dan sekarang turut memberi wang kepada ibu bapa dan adik saya. Dia benar-benar ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggerisnya, jadi saya membayar kelas bahasanya di salah satu sekolah bahasa terbaik di bandar saya.

9. Apa nasihat anda kepada pedagang-pedagang yang baru bermula?

Lakukan sahaja! Sekarang juga! Jangan ditunggu bulan jatuh ke riba - saat itu tidak akan datang. Anda harus membuat keputusan - untuk memperbaiki kehidupan anda dan fokus pada sasaran anda. Setelah anda melakukannya, perdagangan nampaknya jalan terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. Jadi, jangan ragu-ragu, kawan! Fikirkan tentang ahli keluarga anda, ibu bapa, adik-beradik, dan masa depan anda sendiri. Jika anda ingin merasa bangga dengan diri anda – ayuh, teruskan.

Hasil Wawancara 

Dari hasil wawancara diatas menunjukkan bahwa mahasiswa bisa melakukan wirausaha mulai berkembang pesat. Namun dalam berusaha tidak terus-menerus akan mudah karena persaingan di era sekarang mulai marak dengan kemampuan berwirausaha juga semakin meningkat.

Daftar pustaka

Puspita Dewita. (Februari 2020). Diperoleh dari https://www.qnetindonesia.com/mahasiswa-indonesia-berdagang.
 
Februari, T. (2020). Mahasiswa Indonesia berdagang UMKM di Tengah Pandemi Covid-19, diakses pada tanggal 06 Juni 2022 pukul 14.26 WIB. 

0 komentar:

Posting Komentar